Sunday, December 7, 2014

Musim Kenduri Sana Sini!

Hi Assalamualaikum...
Saya doakan anda yang membaca blog ini, sentiasa bahagia, sihat, kaya & disayangi....


Cuti sekolah memang waktu orang kahwin.

Cuti sekolah dah start. Jadi kebiasaannya musim begini lah kenduri kahwin sana sini. Ye dok? Tiap-tiap minggu sampai dekat 10 buah rumah dapat jemputan. Biasalah kalau dah menetap di kampung kan. Hujung sana pak cik. Belah sinun pak sedara adik beradik atuk belah mak. Nanti kampung belakang sedara belah nenek pulak. Pusing-pusing satu kampung sedara mara. Tu belum lagi jemputan kawan satu kilang kahwin. Kawan sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dengan kawan universiti punya majlis.


Kalau berkesempatan of course lah nak memenuhi semua jemputan kan. Nanti ade lak yang putus kawan kan? Nak dikirakan orang Malaysia ni sangat bermurah hati. Kenduri kahwin kebiasaannya mewah dari segi makanan, betul tak? Kita ni kalau dapat jemputan kahwin memang seronok. Dah terbayang macam-macam lauk yang tuan rumah hidangkan. Nasi je berjenis-jenis. Nasi minyak, nasi briyani, nasi hujan panas, nasi tengkujuh, nasi banjir semua ada. Belum lagi bab-bab lauk dan juadah sampingan lagi. Ayam masak merah, daging masak hitam, rendang tok, dalca sayur, sambal goreng dan sebagainya. Nak list semua nanti ada lak yang meleleh air liur atas keyboard. Heheheh....

Yummy!!! Sedapnya....

Ada pulak tuan rumah yang ada budget lebih sediakan gerai-gerai kecil yang menyediakan hidangan sampingan seperti bihun sup, kambing panggang, ayam bakar, laksa, rojak, roti canai, cendol, kuih-muih, bubur kacang. bubur lambuk dan segala macam lah. Yummy! Semuanya sedap-sedap belaka. Kalau boleh semua nak pulun.

TETAPI!!!....Ada tapinya ye kawan-kawan. Perasan tak masa cedok kuah tu? Lapisan atas sekali yang shining-shining tu? No..no...no...bukan shining bright like a diamond ye. Lapisan minyak! Yes, minyak! Cara masak pun semus bergoreng, berminyak dan seangkatan dengannya...oh tidak!

Belum lagi bab air dan kuih-muih yang manis, bersantan dan berlemak. Ya, kita ni cukup suka jenis-jenis makanan sebegini.

      "Takpa, sekali sekala je."

Itu alasan common yang kita ada semata-mata nak memujuk perut. Yakin ke sekali-sekala. Itu baru kita cerita bab kenduri kahwin. Kalau waktu-waktu biasa macam mana?

Breakfast nasi lemak.
Lunch nasi briyani.
Dinner KFC.

Belum lagi kudap-kudapan sambil mengadap kerja kat opis. Satgi ada pulak officemate sambut birthday. Makan kek pula. Ish..ish...ish....

Source Google

Oleh kerana tabiat pemakanan tidak seimbang sebegini akan lebih mendedahkan diri kita dengan pelbagai penyakit kronik dan obesiti. Tidak hairan lah jika Malaysia melonjak cemerlang sebagai negara yang mempunyai populasi berat badan berlebihan di Asia Tenggara. Pencapaian yang seharusnya tidak boleh kita banggakan. Berdasarkan penyelidikan juga, 92% rakyat Malaysia tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini adalah suatu yang amat menyedihkan

Source Google

Obesiti membuka ruang kepada diri kita untuk menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung. ketiga-tiga penyakit ini sangat popular di Malaysia. Apatah lagi, generasi muda juga cenderung ke arah obesiti. Bayangkan seawal usia setahun sudah disahkan sebagai bayi obesiti. Umur 17 tahun sudah menghidap kencing manis dan darah tinggi. Bagaimana nasib generasi kita akan datang?

Source Google


Let's Shape up! with Shaklee

Obesiti boleh dikawal jika kita cepat tersedar dan ada keinginan untuk menurunkan berat badan. Bukan sekadar keinginan, tetapi harus kuat dan berusaha untuk kurus. Bila kita kurus, kita akan berasa lebih gembira dan yakin dalam meneruskan hidup. Bukan susah untuk kurus jika anda ada mentor dan tahu caranya.

Saya ingin memperkenalkan set Shape Up! dari Shaklee. Anda boleh kurus dan sihat secara selamat dengan Shaklee. Produk-produk Shaklee berasaskan tumbuhan dan semulajadi. Jadi anda tidak perlu rasa was-was untuk menggunakannya.

Shape Up! Slimming Set

Shape Up! set ni terdiri daripada:

  • Cinch Shake
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Herb-Lax
  • Omegaguard
  • Lecithin
  • Alfalfa Complex
Jangan risau! Kami mengesyorkan apa yang perlu anda consume berdasarkan budget anda.



Jom kita tengok testimoni mereka yang berjaya dengan misi kurus dengan Shaklee!





Kesihatan Anda Keutamaan Kami
Berminat dengan produk Shaklee??

Hubungi saya di :
Whatsapp/Telegram : 018-2721886
Email : naufara88@gmail.com
Facebook : Lieynne Ramly

*COD bagi kawasan Meru, Puncak Alam, Saujana Utama & Puncak Perdana
* POS ke seluruh Malaysia

~Fadzlyn Ramli~
"YOUR INNOVATIVE SUPPLEMENT GUIDE"

[Jika anda merasakan entry ini memberi manfaat kepada anda & orang-orang tersayang, sila 'LIKE' & 'SHARE' kepada mereka. Semoga anda BAHAGIA, SIHAT, KAYA & DISAYANGI selalu. :) ]


"Choose the right path for your LIFE!"


No comments:

Post a Comment