Assalamualaikum.....Salam kebahagiaan buat #MyResidents....
Lynn doakan #MyResidents sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Pencipta....
Dikurniakan hidup yang BAHAGIA, SIHAT, KAYA & DISAYANGI sentiasa hendakNya....
Sewaktu ber'blogwalking', Lynn terbaca satu kisah inspirasi yang mana terdetik hati Lynn nak share & kongsi manfaat yang tersurat di sebalik kisah ini....
Kisah Sebuku Mentega
Seorang peladang membuat mentega seringkali menjual hasil menteganya kepada seorang pembuat roti. Suatu hari si pembuat roti terfikir untuk menimbang mentega yang dibelinya dari peladang tersebut.
"Cukup sekilo tak mentega ni yer?"
Setelah ditimbang, pembuat roti itu mendapati mentega yang dibelinya selama ini tidak cukup sekilo seperti yang dijanjikan. Si pembuat roti sangat marah dengan tindakan si peladang dan telah mendakwa si peladang di mahkamah kerana MENIPU.
PEGUAM : Wahai si peladang, apakah alatan yang kamu gunakan untuk menimbang mentega tersebut?
PELADANG : Saya ini orang naif. Saya tiada pengukur yang baik tetapi saya ada menimbang.
PEGUAM : Jika begitu bagaimana kamu menimbang?
PELADANG : Sewaktu dahulu sebelum si pembuat roti ini membeli mentega dengan saya, saya telah membeli sebuku roti dengan berat sekilo. Apabila pulang ke rumah saya menimbang roti tersebut, tetapi beratnya tidak sampai sekilo. Jadi saya berikan si pembuat roti itu mentega yang sama berat dengan roti jualannya. Bukan saya yang harus dipersalahkan tetapi SI PEMBUAT ROTI itu!
Moral of the STORY
Ingatlah apa yang kita beri itu juga yang kita akan perolehi. Jangan sesekali mengharapkan balasan lebih dari apa yang kita beri. Kadangkala walaupun kita tidak dapat balasan secara fizikal, sebenarnya ada sesuatu yang dikurniakan kepada kita tanpa kita sedari. The more you give, the more you get back!
Setiap kali apa yang kita lakukan, fikirlah:
"Adakah cukup nilai yang aku berikan kepada orang & patutkah aku mengharapkan ianya menjadi balasan?"
Amanah & khianat sentiasa menjadi isi daging kita. Orang yang khianat boleh menipu tanpa rasa bersalah manakala orang yang selalu menipu seringkali terbatas penimbangan antara betul atau tidak.
SIAPA YANG SEBENARNYA MEREKA TIPU?
DIRI MEREKA SENDIRI
Wallahualam.....
*****************************************
Sebarang pertanyaan mengenai produk & konsultasi, bolehlah hubungi Lynn:
Whatsapp / Telegram : 018.272.1886
Email : naufara88@gmail.com
Facebook / Instagram : Nur Fadzlyn Ramli
PERCUMA!!!!
Konsultasi berterusan, Jadual pemakanan vitamin & jemputan ke group AWESOME!
* COD bagi kawasan Meru, Puncak Alam, Saujana Utama & Puncak Perdana
* POS ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment