Alhamdulillah
berkat limpahan kurnia Illahi, masih diberi peluang aku bernafas di bumi. Merasa
nikmat matahari dan isi langit. Diberi kekuatan dan kesihatan meniti hari. Syukur
atas nikmatmu Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah. Alhamdulillah...
Ehsan Google |
Acapkali meneliti
lembar Al-Quran, kadangkala aku tidak tahu apa rahsia di sebalik surah-surah di
dalamnya. Seringkali abah mengingatkan aku;
”Jangan lupa baca Al-Waqiah!”
Respon aku hanya anggukan. Esoknya lupa pesan abah. Pernah aku merungut bisnes yang aku jalankan semakin hambar dan tiada sambutan. Perlu bergelut dengan pesaing-pesaing yang sudah lama bertapak dalam bisnes. Hampir putus asa. Aku berimpian ingin menjadikan perniagaan sebagai sumber kerjaya utama rupanya hanya angan-angan.
Peringkat awal bisnes yang dijalankan sangat efektif. Bayangkan setiap minggu menambah stok. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di simpang jalan. Bisnes aku kini ibarat ’hidup segan mati tak mau’.
Kata abah;
”Kalau rajin berusaha dan bersyukur, Insya Allah ada jalannya. Sebab tu abah pesan, Al-Waqiah jangan tinggal!”

Terkesan dengan kata-kata abah tetapi lebih kepada TERSENTAP dengan ayat abah. Aku mula membiasakan diri setiap kali selepas solat subuh.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak
akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Ehsan Google |
Kenapa aku
amalkan selepas solat subuh?
Ini cuma teori
aku, kita dilarang tidur semula selepas subuh kerana waktu itu pintu rezki
dibuka seluas-luasnya untuk kita. Al-Waqiah merupakan penarik rezki. Jadi jika
kita amalkan membaca surah Al-Waqiah selepas subuh, rezki kita akan melimpah
ruah.
Aku tegaskan
sekali lagi, ini cuma teori aku.
Petunjuk yang
Allah berikan aku masih tak nampak. Kehadiran seorang kakak yang jenuh memujuk
aku menyertainya sangat aku pandang mudah. Bukan apa, aku takut pisang berbuah
dua kali.
Aku terus memohon
petunjuk dari Allah agar aku dikurniakan jalan penyelesaian. Terdetik hatiku
suatu hari untuk menyelak lembar e-book pemberian kakak. Patah tiap patah aku
baca dan fahami. Baru aku tersedar di mana silapku.
Pertemuan semula
setelah lama tidak berjumpa, aku terus bersetuju. Aku sendiri tidak pasti kuasa
apakah yang mendorongku.
Rezki Allah Luas
Alhamdulillah...aku
dikurniakan sahabat baru & tim MFMS {The Most Happening Team in Malaysia}oleh
kakakku. Persepsi aku terus berubah. Percayalah, jika kita sentiasa dikelilingi
& bergaul dengan orang-orang yang positif, kita juga akan turut merasai
aura positif.
Terlalu banyak
kata nasihat & dorongan oleh sesama ahli. Seronoknya aku tidak ditinggal
kemudi sendirian. Bertatih sedikit demi sedikit untuk mencapai matlamat.
Aku masih hijau. Perjalanan
aku masih jauh. Doakan aku
terus istiqomah dan tidak ketinggalan.
Acapakali disebut
mentor kami:
”SEMOGA ANDA KAYA
DAN BERJAYA!”
#N3M
#MFMSTheMostHappeningTeamInMalaysiaWhatsapp/Telegram : 018-2721886
Email : naufara88@gmail.com
Facebook : Lieynne Ramly
~Fadzlyn Ramli~
"YOUR INNOVATIVE SUPPLEMENT GUIDE"
Masya' Allah... indahnya tulisan awak.
ReplyDeleteSemoga maju terus, Lin!
Terima kasih kak...tolong tunjuk ajarku sifu...hehehehe
Delete